Assalamualaikum dan hai semua…..
Dah makan ke semua ?
Kali ni Yana nak kongsi
dengan hampa-hampa semua resepi Kerepok Lekor Viral yang hanya menggunakan
Maggie. Yana pun tak sengaja terjebak juga untuk buat keropok lekor viral ni.
Terima kasih buat Zuraita Mohd Anua,
kerana sudi berkongsi resepi tersebut. Tak sangka mudah dan sis suka …sis
suka….sis suka…🙋..🙌
Dengan resepi yang ada,
apa lagi …Yana terus ke dapur untuk
intai-intai bahan-bahan yang diperlukan. Alamak!!! Tepung gandum dah
habis….tepung ubi memang tak der la kat dapur bujang Yana ni…hehehehe… dan Yana paling malas keluar
rumah waktu cuti jika tiada perancangan atau destinasi yang dituju. Tapi demi keropok lekor viral ni…Yana
terpaksa la keluar juga ke kadai runcit berhampiran untuk beli bahan-bahan
untuk buat keropok.
6 sudu besar Tepung Ubi Kayu
2 sudu
besar Tepung Gandum
1 bungkus
maggi, sis guna perisa tomyam….so jadi la Keropok LeYam..muahaha..
1 Biji
Telur ayam
** Memandangkan Yana guna Maggi Big, yana lebihkan sikit
sukatan tepung gandum. Nak adjust semua risau gak tak menjadi hahaha…Maklum
la..percubaan pertama…
1)
Rebus Maggi
tanpa perisa sehingga kembang semangkuk….
2)
Masukkan Maggi, serbuk perasanya, sebiji telur dan sedikit
garam dalam blender. Kisar sebati.
3)
Campurkan Maggi yang sudah dikisar bersama tepung ubi dan
gandum. Letak tepung gandum secukupnya agar tidak melekat.
4)
Lepas uli, gulung jadi bentuk silinder atau apa-apa bentuk
yang korang suka..
5)
Didihkan air, letak sedikit garam dan rebus sampai terapung
dan angkat.
6)
Kemudian potong apa-apa bentuk mengikut kretiviti.
7)
Sedia untuk menggoreng.
8)
Dah siap….yeaa….cicah dengan sos cili/thai/tomato pun sedap
dah….
-Selamat mencuba-
0 comments:
Post a Comment